suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan buat-buat... Ini punca Andi Bernadee 'trauma' dengan ular!

MESKIPUN tidak berjaya meneruskan saingan di pentas Big Stage, keletah bersahaja penyanyi Andi Bernadee pasti diingati oleh para peserta dan peminatnya.

Maklumlah, sebelum ini tular video Andi menjerit ketakutan kerana diusik oleh Syafiq Farhain dan Tajul dengan ular getah.

Sampaikan di atas pentas semasa persembahan minggu ketiga, pengacara Alif satar dan Sherry Alhadad bersama pelakon undangan Hannah Delisha turut menyakat Andi menggunakan trick yang sama.

"Sebenarnya, saya bukan takut tapi geli dengan ular.

"Ceritanya semasa saya berusia 11 tahun, saya mandi-manda bersama kawan-kawan di air terjun dan tiba-tiba ada benda di atas kepala saya.

"Bila tengok, rupanya ada ular atas kepala. Sejak daripada itu, saya terus geli dan trauma dengan ular.

"Kalau orang kata saya buat-buat 'geli' macam tu, terpulanglah kerana setiap manusia ada fobia tersendiri, tak kisahlah orang nak kata apa pun," katanya kepada mStar Online.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.

Andi Bernadee, Big Stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi