Kaer hairan seluar dalam selalu hilang, Amylea pula serik pakai rambut palsu! - Video | mStar

Kaer hairan seluar dalam selalu hilang, Amylea pula serik pakai rambut palsu!

PASANGAN duet, Kaer Azami dan Amylea Azizan yang kini popular menerusi lagu Tak Pernah Hilang berkongsi cerita mengenai pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang lebih 10 tahun bergelar penyanyi.

Cerita Kaer, "Boleh dikatakan selalu sangat apabila menjayakan persembahan, seluar dalam saya hilang dicuri. Yang peliknya, bagasi baju yang dibawa sudah dikunci tapi seluar itu tetap hilang. Tak tahulah mereka buat apa!

"Saya juga pernah diraba oleh orang ramai ketika buat show, sehinggakan saya terkejut dan menjerit dengan kuat.

"Pengalaman lain, empat hari sebelum penggambaran klip video lagu Izinku Pergi, teman baik saya meninggal dunia," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Amylea pula berkata dia pernah dipaksa menggayakan rambut palsu.

"Semasa konsert final Akademi Fantasia 3, saya dipaksa memakai rambut palsu yang membuatkan saya tak selesa.

"Asalnya rambut saya memang sudah lebat tapi digunting dan akhirnya kena pakai rambut palsu, sedih sangat!

"Selain itu, saya pernah dipaksa oleh teman-teman produksi menyiapkan satu lagu OST pada hari itu juga dan lagu itu ialah Aku Sinderella," katanya yang turut bersedih kerana tersingkir dalam AF Megastar.

Dalam perkembangan lain, pasangan penyanyi ini akan mengadakan showcase Amylea X Kaer Chapter Three Showcase di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan tiket, boleh hubungi mereka di laman Instagram.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Amylea Azizan , Kaer Azami

Lebih Artikel