suria

“Saya paling benci ditipu!” - Zul Ariffin

PELAKON Zul Ariffin mendedahkan sikap manusia yang paling dibenci olehnya.

Zul, 32, memberitahu salah-satunya ialah menjadi mangsa penipuan orang sekeliling.

"Saya paling benci ditipu.

"Saya pun tak suka menunggu lama walaupun kadang-kadang saya pun lambat tapi tak semua orang suka menunggu.

Zul tak suka ditipu.

"Saya tak suka bersiap, cukup hanya pakai seluar pendek dan tak pandai berfesyen-fesyen sangat," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon filem Hantu Kak Limah ini turut berkongsi rahsia penjagaan dan kesihatan diri.

"Saya akan pastikan cukup tidur, mengambil makanan yang sihat dan kurangkan stres.

"Saya tidak ambil sebarang suplemen tambahan, khasiat yang diperlukan diterima daripada makanan yang kita ambil setiap hari.

"Tak ada apa-apa petua menjaga kesihatan tubuh, saya hanya amalkan tiga perkara itu sahaja," ujarnya.

ZUl Ariffin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi