suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hebat... Orang kampung angkat rumah pakai tangan!

SEKUMPULAN penduduk kampung mengambil bahagian dalam acara tradisi mengangkat rumah di Kampung Labu Kubong, Lubok Merbau di Kuala Kangsar.

Rumah kayu dengan berat dianggarkan sekitar tiga tan itu memerlukan masa selama empat jam untuk dipindahkan ke Dataran Badang.

Menurut penolong pengarah program, Noor Izzati Khalid, acara tradisi ini turut disertai oleh pelajar universiti.

Izzati berkata, acara ini bertujuan mempamerkan tradisi yang telah lama tidak diamalkan di kampung-kampung Melayu di Malaysia terutamanya kepada generasi muda.

"Kami mendapati terdapat rumah kayu yang tidak lagi didiami dan mendapat izin daripada  pemilik untuk dipindahkan dan mengubahnya menjadi sebuah galeri.

"Program ini akan membawa beberapa kenangan nostalgia bagi penduduk tempatan di sini dan memberi pendedahan kepada generasi muda," katanya.

Rumah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi