suria

“Risau hidup tak tenang kalau pilih kerabat diraja” - Ain Edruce

DALAM diam pelakon dan pengacara Ain Edruce digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang kerabat diraja.

Bagaimanapun, dia menafikan mengenai dakwaan tersebut dan memberitahu hanya berkawan dengan lelaki tersebut.

"Saya dengan dia hanya kawan biasa sahaja, tidak bercinta dan tiada sebarang hubungan istimewa.

"Saya mahu lelaki biasa sahaja, tak mahu yang ada pangkat atau orang sesama industri.

Ain pilih orang biasa.

"Tak mahulah 'makan hati' atau risau hidup tak tenang sebab pilih kerabat atau orang kenamaan," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, menerusi laporan portal ini bertarikh 24 April, Ain menjelaskan dia mengenali kerabat berkenaan melalui laman sosial.

"Sebenarnya semua itu salah faham. Saya dan kerabat itu hanya berkawan di alam maya sahaja. Itu pun sekadar tegur-tegur di Instagram.

"Memang saya kenal dia dah dua tahun tapi hanya dalam laman sosial sahaja. Tidak pernah terfikir untuk berkawan luar daripada Instagram," ujarnya.

Dalam pada itu, Ain turut memberitahu dia kini sudah mempunyai teman lelaki yang dikenali sejak tiga bulan lalu.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.


Ain Edruce


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi