suria

Noki K-Clique lebih suka berlakon, sanggup kuruskan badan... Hairan ada orang kata sama macam Fad Bocey

MENCEBURKAN diri dalam bidang lakonan, penyanyi Noki K-Clique mengakui dia lebih selesa untuk meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut berbanding nyanyian.

Kata Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 29, lakonan memberikannya satu kepuasan berbeza yang sukar digambarkan lagi-lagi apabila wataknya itu mendapat pujian penonton.

“Ya sekarang ini saya lebih selesa berlakon. Lagi rasa nak berlakon daripada menyanyi. Kepuasan dia sangat berbeza dan saya suka.

“Apa yang buat saya lagi semangat adalah penonton puji lakonan saya. Ia sangat beri impak besar sebab saya merupakan orang baru dalam dunia lakonan,” katanya kepada mStar.

Memberikan komitmen sepenuhnya dalam bidang tersebut, Noki berkata dia sanggup menurunkan berat badannya seperti yang diminta oleh pengarah.

“Saya sekarang ini sudah menurunkan berat badan dalam 15 kilogram sebab permintaan daripada pengarah. Ini sebab watak yang saya pegang itu perlukan seorang yang kurus.

“Saya pun suka dengan bentuk badan saya sekarang kerana seperti model. Tapi keyakinan saya berkurang sedikit disebabkan orang kerap kali tanya adakah saya sedang sakit,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Noki bakal muncul dalam drama bergenre fiksyen dan thriler iaitu Sebelum Titik Noktah yang ditayangkan bermula 11 November, setiap Isnin pukul 11 malam menerusi Saluran 120 di Unifi TV.

Drama terbabit turut dibintangi Aiman Hakim Ridza, Puteri Balqis, Danny X-Factor, Shabby, Mathni Razak dan Alif Muhaimin.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi