suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya bayar nafkah ikut kemampuan” - Hafidz Roshdi mahu berdamai, hashtag ‘janda pemfitnah’ tak tuju kepada bekas isteri

PELAKON Hafidz Roshdi akhirnya tampil menjawab beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada.

Bercakap kepada mStar, Muhammad Hafidz Roshdi, 30, menafikan dia tidak membayar nafkah anak dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.

“Saya bayar ikut kemampuan, kalau ada lebih, saya bayar lebih, saya tak kedekut.

“Saya akan bayar 20 peratus daripada pendapatan saya. Misal kata saya ada RM5,000, saya akan beri RM1,000 kepada bekas isteri untuk nafkah anak-anak.

“Apa yang dikatakan Shuhada yang saya membayar RM100 sahaja setiap transaksi adalah tidak benar. Namun saya tidak akan beritahu jumlah tersebut memandangkan ia adalah sulit,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz turut menafikan hashtag Janda Pemfitnah ditulis olehnya di media sosial ditujukan kepada bekas isteri.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi