suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percaya tak kerja jaga ibu berpantang, mengasuh warga emas boleh buat duit? Tapi tak ramai mampu buat seperti mereka

PERANAN sebagai pengasuh bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah atau remeh kerana ia hadir dengan tanggungjawab besar.

Seiring dengan keperluan semasa, kerjaya sebagai pengasuh atau penjaga (caregiver) kepada warga emas menerima permintaan tinggi.

Begitu juga dengan penjaga ibu berpantang atau perkhidmatan rawatan selepas bersalin (postnatal) yang kian diperlukan dalam masyarakat.

Bagi Zuhayrah Masturina Zakaria, pengalamannya berdepan kesukaran untuk menguruskan datuk sendiri akhirnya mendorong gadis berusia 23 tahun ini untuk mendalami ilmu asuhan orang berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu hati saya tak berkenan, kenapa kena bela lembu?” - Wanita ini tak pernah sangka kini boleh raih pendapatan lumayan!

Sementara itu menurut Norfadhila Sharul, 35, tugas membantu para wanita menjalani tempoh berpantang selepas bersalin dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab demi kesihatan ibu dan bayi.

Kedua-dua wanita ini berjaya meningkatkan kemahiran masing-masing selepas mengikuti Program Pembangunan Keusahawanan anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Siapa sangka kerjaya sebagai penjaga atau pengasuh sama ada bayi atau warga emas akhirnya mampu mengubah kehidupan dua insan cekal ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi