Aliff Syukri tergamak hayun penyodok sampah sebab marah anak - Video | mStar

Aliff Syukri tergamak hayun penyodok sampah sebab marah anak

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima pelbagai kritikan netizen susulan cara beliau mendidik anak-anak yang disifatkan agak keterlaluan.

Berdasarkan komen netizen, rata-rata bersetuju agar situasi itu tidak sepatutnya dikongsi di media sosial kerana ia boleh membawa implikasi negatif.

Namun bagi Aliff, dia mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

“Penat saya tanam pokok sayur berbulan-bulan, semua Baem cabut dan simbah dengan bahan peluntur hingga mati.

“Hanya orang yang sayang pokok sahaja tahu perasaan saya, anak-anak ni kalau kita baik sangat dia pijak kepala,” tulis Aliff di Instagram.

Selepas beberapa jam, Aliff memuat naik satu lagi video di Instagram milik anaknya yang mesra disapa Baem.

Kali ini video berkenaan memaparkan kanak-kanak itu memohon maaf kepada Aliff dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

aliff syukri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

TH cadang letak had dana pendeposit