suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu marah cara Hairul Azreen didik anak

PELAKON Hairul Azreen berkata dia pernah dimarahi oleh ibunya kerana mendidik anak dengan cara yang agak lasak.

Bagaimanapun, Hairul memberitahu dia mempunyai cara tersendiri dalam membentuk anak lelakinya iaitu Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun.

"Saya pernah kena tegur dengan emak kerana terlalu lasak dengan anak.

Pasangan bahagia, Hairul bersama isteri Hanis dan anak mereka, Yusuf.

"Tapi saya diam sahajalah kerana saya bukan didik secara lasak sebarangan, ada hadnya.

"Saya ajar anak seperti latihan di gim untuk bagi kekuatan dan ketahanan tubuhnya," katanya kepada mStar online.

Ditanya mengenai perancangan menambah cahaya mata kedua, suami kepada pelakon Hanis Zalikha ini berkata dia dan isteri sudah bersedia kearah itu.

"Insya-Allah kalau ada rezeki kami tak menolak dan Hanis ada kata dia nak anak perempuan pula," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi