suria

Apabila Remy Ishak bersuara tentang isu filem tak laku

PELAKON Remy Ishak mengakui penonton masa kini lebih bijak memilih filem yang mereka ingin tonton.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak, berkata, penonton di Malaysia sudah mula percaya akan filem terbitan anak tempatan.

“Selera mereka (penonton) selalu berubah-ubah, ada ketika mereka inginkan aksi, komedi dan cinta.

“Bagi saya filem Pulang lakonan saya yang akan dikeluarkan tidak lama lagi mempunyai segala elemen tersebut,” katanya kepada mStar Online

Remy, 36, menjawab persoalan tentang isu filem berunsur sejarah yang sering dipandang sinis peminat filem tampatan.

Bagaimanapun, dia beranggapan ada kelemahan yang boleh diperbaiki untuk menaikkan martabat filem sedemikian.

“Semuanya memainkan peranan penting, daripada skrip sehinggalah pengarah ataupun pelakon.

“Pemasaran juga sama, jika sesebuah filem itu mendapat promosi yang bagus nescaya penonton akan alert dengan tayangan filem tersebut,” katanya.

Filem Pulang merupakan filem adaptasi kisah benar mengenai kehidupan seorang kelasi kapal arahan Kabir Bhatia dan akan ditayangkan tidak lama lagi.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online.


remy ishak, pulang


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi