suria

Nak 'tackle' Datuk Vida? Kena minta izin Cik B dulu!

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida berkata anaknya iaitu Cik B tidak mengizinkan dia untuk berkahwin lagi.

Menurut Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 46, remaja berusia 13 tahun itu pernah memberi amaran supaya dia tidak mendekati mana-mana lelaki.

"Cik B beri amaran, mama jangan berani cuba benarkan mana-mana lelaki.

Vida bersama dua anaknya iaitu Cik B (kanan) dan Kacak (kiri).

"Kalau Cik B approve baru okay. Tapi anak kedua saya iaitu Kacak tak kisah kalau saya kahwin lagi!," katanya.

Diusik mengenai cinta, Vida berkata dia masih belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.

"Lelaki nak kenal pun kita takut, mereka dekat dengan kita sebab nak apa? Duit, popular?.

Vida bakal keluarkan lagu baharu tidak lama lagi.

"Kalau ada jodoh, adalah. Saya pun sibuk dengan perniagaan dan keluarga," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Vida bakal muncul dengan single baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Datuk Seri Vida


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi