Dulu ikut Justin Bieber, sekarang As'ad Motawh cilok BTS, EXO - Video | mStar

Dulu ikut Justin Bieber, sekarang As'ad Motawh cilok BTS, EXO

PENYANYI As'ad Motawh mengakui single keduanya berjudul Percaya mempunyai pengaruh muzik K-pop daripada Korea Selatan.

Malah As'ad atau nama sebenarnya As'ad Ahmad Muhammad Motawh berkata, muzik video lagu berkenaan juga diinspirasikan daripada kumpulan K-pop terkenal BTS dan EXO.

"Memang banyak pengaruh K-pop sebab saya nak cuba sesuatu yang baru. Pengarah muzik video juga kata kita ambil inspirasi daripada BTS dan EXO.

"Waktu minat Bieber, lagu pun ada pengaruh Bieber sikit. Sekarang meninat K-pop, jadi ada unsur mzuik itu dalam lagu.

BTS, EXO jadi rujukan As'ad

"Saya rasa tak salah pun ikut idola. Kita kena mula dengan mengikut orang sebelum jumpa identiti sendiri," katanya kepada mStar Online.

As'ad, 17, ditemui ketika hadir untuk sesi fotografi di Menara Star pada Khamis.

Dalam pada itu, penyanyi yang sering dikritik teruk kerana menyanyi sumbang setiap kali membuat persembahan secara langsung berharap peminat memberi peluang untuk single keduanya itu.

As'ad minta peminat move on daripada Senyum

"Dalam muzik video lagu Percaya saya beri mesej supaya peminat move on daripada lagu Senyum kerana sering dikecam ketika lagu tersebut dilancarkan. Malah ramai yang kata suara saya tidak sedap.

“Kali ini saya mohon mereka lebih fokus kepada Percaya,” tambah As'ad.

as'ad motawh

Lebih Artikel