suria

“Nurse tengah baca Bismillah nak cucuk, tiba-tiba dia datang” - Pemuda dihalang rakam video suntik vaksin buka cerita, tak sangka KJ pula bagi salam

RUPA-RUPANYA pemuda yang berasal dari Pontian, Johor ini sudah diberi kebenaran untuk merakam video ketika dia disuntik vaksin.

Namun tidak semena-mena telefonnya disentuh dan dihalang oleh seorang petugas wanita yang muncul secara mengejut.

Video pemuda bernama Muhammad Rafiuddin Noorizwin ini tular di media sosial selepas dia memuat naik di Twitter sejak Rabu lalu.

"Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh rakam," demikian jelas kedengaran kata-kata petugas berkenaan sambil menutup bahagian kamera telefonnya.

Menceritakan semula tentang insiden itu, pemuda berusia 24 tahun ini berkata dia tidak berkecil hati dengan tindakan petugas berkenaan namun berasa janggal selepas mengetahui terdapat dua arahan berbeza tentang proses berkenaan.

Lebih menarik, dua hari selepas itu Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang baru dilantik sebagai Menteri Kesihatan berkongsi semula video berkenaan di Twitter.

Tindakan Khairy yang terkenal dengan panggilan KJ mencuit hati pengguna media sosial.

“Assalamualaikum,” tulisnya ringkas yang hingga kini twit berkenaan diulang kicau lebih 41,000 kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi