suria

Dulu kena kutuk sebab selekeh, sekarang Ariff Bahran dah pandai bergaya!

PENYANYI Ariff Bahran mengakui dia kini lebih mementingkan soal penampilan diri.

Menurut Ariff, 20, sebagai selebriti dia perlu mengambil berat mengenai imej dan penjagaan tubuh.

"Sejujurnya, sebagai anak seni perlu menjaga penampilan sebab orang kenal.

"Apabila menyertai program realiti nyanyian Big Stage ni saya belajar banyak perkara antaranya hal berkaitan kekemasan diri.

"Program ini bukan sahaja nak tunjuk bakat nyanyian, dalam masa sama membentuk imej peserta," katanya kepada mStar online.

Sebelum ini, Ariff pernah menerima kritikan netizen mengenai penampilannya yang dikatakan selekeh dan tidak sesuai digayakan oleh seseorang selebriti.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Kata Akhirmu ini menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka dan berazam untuk memperbaiki diri.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Ariff Bahran


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi