APABILA bercakap mengenai hak demokrasi, golongan selebriti sebenarnya tidak ketinggalan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat.
Umum mengetahui 9 Mei ini adalah hari untuk rakyat Malaysia membuang undi bagi memilih mandat pentadbiran baharu menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagi memeriahkan proses demokrasi ini, mStar menguji pengetahun asas beberapa selebriti tempatan mengenai pilihan raya.
Turut tidak ketinggalan ialah penyanyi muda, Ismail Izzani yang baru berusia 18 tahun.
Walaupun masih belum layak mengundi dalam PRU kali ini, penyanyi lagu Luar Biasa itu tidak gentar menyahut cabaran untuk menjawab soalan berkaitan pilihan raya.

























































































































































