suria

One Forteen cari perempuan tinggi, tak kuat merajuk

AHLI kumpulan Forteen iaitu One memberitahu dia mencari bakal isteri yang memiliki ketinggian dan tidak kuat merajuk.

One atau nama sebenar Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 28, berkata dua kriteria tersebut perlu ada pada wanita yang dicari.

"Saya ini bertubuh rendah sebab itu saya nak perempuan yang tinggi, nanti boleh dapat anak-anak tinggi juga.

"Saya tak suka perempuan yang kuat merajuk sebab saya tak pandai pujuk.

One gemar bersenam di gim.

"Kriteria lain, tak kisah lah dia bertudung atau tidak, yang penting baik hati dan memahami," katanya kepada mStar Online.

One ditemui semasa pelancaran filem pendek Kembali bersama Jamu Susuk Dara yang diadakan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, One turut mendedahkan dia gemar menghabiskan masa di gimnasium.

"Saya suka bersenam di gim, saya suka makan coklat dan melancong di pulau-pulau.

"Itu merupakan antara hobi saya dan cara saya mengurangkan tekanan," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

One Forteen


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi