Siapa layan drama 'Nur'? Inilah penyanyi lagu Tak Pernah Hilang - Video | mStar

Siapa layan drama 'Nur'? Inilah penyanyi lagu Tak Pernah Hilang

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Selepas lama menyepi, dua penyanyi kelahiran program realti Akademi Fantasi ini kembali diterima peminat.

Nama Kaer Azami dan Amylea Azizan meraih populariti luar biasa apabila single Tak Pernah Hilang yang juga OST untuk drama Nur berjaya mendapat tempat di hati penonton.

“Terharu sebenarnya apabila kami muncul dengan single ini dan ia mendapat sambutan peminat walaupun sudah lama duduk di belakang tabir.

“Perancangan untuk karya ini sebenarnya sudah kami fikirkan sejak zaman Akademi Fantasia lagi,” ujar Kaer kepada mStar Online.

Kaer merupakan bekas pelajar musim kedua dan Amylea pula adalah pelajar musim ketiga program pencarian bakat nyanyian nombor satu Malaysia itu.

kaer , amylea , nur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun