suria

Cakra Khan bela 30 ekor kucing, semuanya kutip tepi jalan... Suka bercucuk tanam ada kebun di rumah

DISEBALIK imej sebagai seorang penyanyi terkenal, rupa-rupanya figura bernama Cakra Khan ini juga merupakan pencinta alam dan haiwan.

Kata Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 33, jika tidak menjadi penyanyi, dia memilih menjadi seorang petani kerana minat mendalam terhadap aktiviti bercucuk tanam yang diwarisi daripada ibunya.

“Saya memang suka tanam sayur-sayuran, sama seperti ibu saya yang juga gemar bercucuk tanam. Di kampung iaitu di Pangandaran, kami (Cakra dan ibunya) ada kebun sendiri. Bukan setakat di kampung, di rumah Jakarta saya juga tanam cili, betik, halia, bunga kantan.

“Bagi saya, dengan menanam ini saya jumpa ketenangan. Kalau saya ada masa lapang, saya akan menanam. Saya anggap aktiviti itu seperti cas semula tenaga saya selain menyegarkan fikiran,” katanya kepada mStar.

Selain bercucuk tanam, Cakra juga memaklumkan dia suka untuk merawat dan memelihara kucing jalanan .

“Di rumah saya sendiri, ada 30 ekor kucing jalanan yang saya jaga. Saya berhabis sebanyak RM6,000 sebulan untuk kucing-kucing saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi