suria

Sebak dengar cerita wanita ini tak kisah kahwin kekasih kudung empat jari, kata-kata suruh cari lelaki lain paling meruntun jiwa

TRAGEDI kemalangan di tempat kerja pada Mac lalu hingga empat jari tangan kanannya putus membuatkan lelaki bernama Muhammad Ilham Murat pernah terfikir meminta isterinya, Sarah Fatin Abd Rahim mencari lelaki lain sebelum mereka berkahwin.

Bagaimanapun menurut Sarah, 26, dan Ilham, 25, keluarga merupakan penyebab utama mereka terus bersama hingga selamat bernikah pada Julai lalu.

“Apa yang buat Sarah terharu sangat, ibu cakap macam ni, tak apa dik jari je tiada, dia kata macam tu.

“Ibu kata lagi hanya jari je tiada tapi hati tak berubah pun.

“Sarah rasa terharu kerana keluarga terima apa yang berlaku terhadap Ilham,” katanya kepada mStar.

Sarah dan Ilham melangsungkan perkahwinan pada 28 Julai lalu di Pendang, Kedah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi