suria

Kesibukan kerja buat Puteri Sarah ‘happy’, enggan lagi bersedih… Mengaku masih terima gangguan pelik

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia masih lagi menerima gangguan daripada individu tidak dikenali di laman sosial.

Sarah bagaimanapun berkata tindakan individu itu sama sekali tidak menjejaskan kehidupan hariannya kerana dia kini bahagia di samping anak-anak tercinta.

“Saya masih ada lagi terima gangguan pelik, tapi saya tak nak tuduh sesiapa biarlah pihak mahkamah dan peguam yang siasat mengenai perkara ini. “Makin lama makin banyak pula akaun palsu yang wujud seolah-olah pertahankan diri... saya malas nak komen, saya serahkan kepada peguam.

“Lagi pula 23 Ogos depan perbicaraan semula kes, jadi kita akan siasat dan bongkarkan semuanya.

“Alhamdulilah saya sekarang sibuk dengan kerjaya, sekarang ini saya happy... anak-anak pun sentiasa di sisi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi