suria

Gaun ketat dikatakan punca Baby Shima pengsan, pereka fesyen tampil pertahan diri

PEREKA gaun merah yang dipakai Baby Shima mengakui terkejut apabila ada suara-suara sumbang yang menyalahkan pakaian rekaannya sebagai punca penyanyi itu pengsan ketika membuat persembahan baru-baru ini.

Tegas Azhar Zainal, 29, pakaian rekannya tidaklah terlalu ketat seperti yang diperkatakan hingga menyebabkan Baby Shima sukar untuk bernafas.

“Baju itu tidak ketat seperti didakwa, material yang digunakan ialah net (jaring) yang elastik. Baby Shima boleh bernafas dan memakainya dengan selesa.

“Seperti yang dinyatakan doktor, dia pengsan kerana keletihan berulang-alik ke Indonesia. Jadi tidak patut untuk salahkan baju itu," katanya kepada mStar Online.

Ahad lalu, Baby Shima pengsan selepas selesai membuat persembahan semasa program realiti Big Stage di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan.

Tambah Azhar lagi, dia turut memberi kebenaran kepada pihak berwajib untuk memotong sebahagian gaun berkenaan bagi memberi lebih keselesaan kepada Baby Shima.

“Saya tahu memang ada sedikit masalah dengan zip baju tersebut, saya risau mereka (paramedik) tidak dapat buka zip itu lalu mengarahkan agar ia dipotong.

“Nyawa lebih penting dan bernilai daripada gaun tersebut biarpun ia berharga hampir dua ribu ringgit," katanya.

baby shima, azhar zainal


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi