suria

Daiyan Trisha pun kaki rap rupa-rupanya!

PENYANYI dan pelakon jelita Daiyan Trisha mengejutkan peminat dengan keupayaannya menyanyi gaya rap yang luar biasa.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin memuat naik video tersebut selepas terpanggil melihat nyanyian rap pelakon dan model Amelia Henderson yang tular di Instagram.

“Girl i thought i was the only one obsessed with getting this song right Amelia Henderson.

“I did the verse after the one Amelia did just for the fun of it cos before ni tak confident,” tulis Daiyan di Instagram.

Pelakon filem Busker ini menyanyikan lagu Look At Me Now nyanyian Chris Brown, Lil Wayne dan Busta Rhymes.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dengan bakat rapping penyanyi yang terkenal dengan lagu Kita Manusia ini.

daiyan trisha


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi