suria

Jangan ambil serius, Khai Bahar sekadar bergurau ucap ‘I Miss You’... Tahu batas layan peminat

LUMRAH sebagai selebriti, pasti tidak terlepas daripada menerima pelbagai mesej daripada peminat.

Begitu juga penyanyi Khai Bahar yang mengakui sering menerima pelbagai usikan daripada pengikut di media sosial sejak mula bertapak dalam industri hiburan sejak tahun 2016.

Namun bagi Khai,30, setiap usikan itu hanyalah gurauan dan dia tegas memberitahu kesemua komen balasnya itu sebagai tanda hubungan mesranya dengan pengikut.

“Saya aggap komen daripada pengikut hanyalah sekadar gurauan, saya memang dah beritahu sebarang kenyataan yang keluar daripada saya seperti percakapan ‘rindu’ itu juga hanyalah gurauan semata-mata.

“Semua itu (komen) bukanlah perkara yang serius dan tidak ada yang melibatkan perasaan.

“Bagi mereka yang cuba mengambil kesempatan, saya akan cuba elak selagi boleh yang penting apabila kita berbalas perlu ada had dan batasan,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai jodoh, Khai Bahar memberitahu dia belum terfikir untuk mencari teman hidup memandangkan dia mahu fokus dalam karier dan bisnesnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi