suria

“Raya tak meriah bila ibu bapa tiada”... Achey imbau kenangan sambut Aidilfitri ketika orang tua masih ada

PELAWAK Achey memberitahu tradisi sambutan hari raya Aidilfitri masih diteruskan setiap tahun meskipun kemeriahan itu tidak lagi sama setelah ketiadaan ibu bapanya.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata meskipun begitu dia bersyukur kerana niatnya untuk membalas jasa ibu dan bapa itu sebelum menghembuskan nafas terakhir tercapai.

"Raya tahun ni macam biasa saya akan balik kampung di Segamat Johor, memang tak meriah dan kalau anda yang ada ibu bapa tu jaga elok-elok walaupun terpaksa bergadai, ibu bapa dah tiada jadi tiada tempat nak buat kebaikan.

"Kemeriahan raya tetap diteruskan walaupun ibu bapa sudah tiada, macam kami akan pergi ke kubur dan macam jadi acara pula seperti melepak tepi kubur bersama ahli keluarga lain.

"Alhamdulilah saya sempat bahagiakan mereka (ibubapa), saya berjaya lunaskan hutang tertunggak sebanyak RM82,000 dan apabila saya menang duit kemenangan saya terus lunaskan hutang itu," kata Achey kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi