suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sambut Aidilfitri di Brunei bersama ayah baharu, Mawar Rashid tak kekok raya sebagai ibu tunggal

STATUS sebagai seorang ibu tunggal bukan penghalang buat pelakon dan usahawan Mawar Rashid untuk meraikan hari raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama anak-anak seperti tahun sebelum ini.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30 berkata, ketika ini dia lebih memberikan fokus kepada kesihatan dan karier berbanding mencari teman hidup baharu.

“Saya cakap sudah masanya saya mencintai diri saya dahulu. Cinta yang saya tidak bagi pada diri saya sebelum ini. Ini masanya untuk saya rawat diri saya. Saya nak jadi yang terbaik buat anak-anak dan juga karier saya.

“Lagipun saya belum fikir untuk kisah percintaan, nak berkahwin lagi ke. Sebab sekarang ini sangat penting bagi saya untuk fokus terhadap diri saya dahulu,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Mawar juga memaklumkan dia bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri di Brunei memandangkan ibunya sudah berkahwin dengan berada di sana.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi