suria

"Takkan asyik nak dipuji?" - Artis veteran sokong ahli agama lantang tegur selebriti

PENYANYI lagu Saya Anak Malaysia, dR Sam Rasputin berpendapat golongan selebriti perlu belajar menerima teguran yang disampaikan para pendakwah demi kebaikan bersama.

Katanya dR Sam atau nama sebenarnya Salim Ibrahim, amalan tegur menegur dalam masyarakat seharusnya dipandang positif.

dR Sam semasa membuat persembahan di Yow Chuan Plaza pada 1986

“Teguran tersebut sebenarnya daripada Allah SWT kepada kita, jadi kita kena belajar menerima dengan hati terbuka.

“Mereka (ahli agama) bercakap berdasarkan ilmu yang mereka ada. Jadi memang patut kita kena tegur, takkan nak selalu dipuji sahaja? Ini semua untuk diri kita," katanya kepada mStar Online.

Imej terbaru dR Sam

Sam, 65, ditemui pada sidang media Konsert Picnic@PD di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Dia dan bersama beberapa rakan artis akan berkongsi pengalaman hijrah mereka di Konsert Picnic@PD yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober ini bertempat di PD Waterfront, Port Dickson.

dR Sam, dakwah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi