suria

'Job' tak menang tangan, Jihan Muse makin besar kepala?

KUALA LUMPUR: Gara-gara gagal menguruskan jadual kerja dengan baik, pengacara Jihan Muse akhirnya terpalit dengan isu masalah disiplin dan berlagak diva.

Isu ini bermula apabila kelibat Jihan tidak kelihatan pada majlis sidang media rancangan popular Gegar Vaganza (GV) untuk musim kelima pada petang Rabu.

Sebaliknya Jihan hanya tiba selepas majlis itu berakhir.

Menjelaskan situasi berkenaan, Jihan mengakui masalah komunikasi antara pihak pengurusannya dengan penganjur menjadi punca dia tiba lewat ke lokasi sidang media tersebut.

Jihan tiba lewat kerana menjalani rakaman sebuah program televisyen

“Minta maaf sangat-sangat kerana saya terlibat dengan pengambaran lain, namun saya merayu kepada pihak produksi agar dapat melepaskan saya dua jam lebih awal.

“Saya hanya mengikut jadual yang ditetapkan pihak pengurusan, jika dahulu saya akan menyemak jadual kerja setiap hari namun setelah berumah tangga, masa saya dihabiskan untuk keluarga,” katanya.

GV5 yang akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September ini masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos.

Selain itu Jihan turut menjelaskan kekeliruan banyak pihak yang beranggapan dia kini bergelar penyampai radio stesen Hot FM.

Peminat menyangka Jihan kini bergelar penyampai radio sepenuh masa

“Timbul salah faham kerana pihak stesen radio itu meletakkan promosi saya bersama barisan penyampai segmen pagi.

“Namun apa yang berlaku ialah saya hanya terlibat menjayakan satu segmen rakaman, jadi ia tidak menuntut komitmen harian," katanya lagi.

Jihan Muse


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi