suria

Pak Nil 'robek' hati netizen

PENGACARA terkenal Datuk Aznil Nawawi berjaya 'menyentuh' hati netizen dengan tindakan spontannya menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada seorang penjual tisu di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, Johor.

Aznil yang mesra disapa Pak Nil memuat naik video berkenaan di Instagramnya.

“Paknil tersentuh melihat seorang lelaki tua ditemani cucunya menjual tisu sedang duduk di atas simen.

“Secara kebetulan dalam kereta Pak Nil ada telefon bimbit Leego yangg bakal dijual di #GoPaknil Rabu depan. Pak Nil turun dan hadiahkan kepadanya,” ujarnya.

Aznil, 56, difahamkan sedang dalam perjalanan ke Singapura sebelum berhenti di stesen minyak terbabit.

aznil, paknil


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi