suria

Jarang ada perempuan 'reject' saya - Haqiem Rusli

SEBUT nama Haqiem Rusli, pasti ramai gadis-gadis yang mengimpikan untuk menjadi kekasih hatinya. Nampaknya jelingan mata Haqiem disebalik cermin hitam itu membuatkan ramai perempuan jatuh cinta.

"Ada orang tanya kenapa saya selalu pakai cermin mata hitam, ini memang identiti saya dan sebagai publisiti untuk saya.

"Kalau orang nak bercakap pun biarlah sebab ini memang gaya dan cara saya bina keyakinan diri," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai cinta dan ciri-ciri gadis pilihan, ini jawapan Haqiem!

"Saya ni agak memilih untuk mencintai seseorang, kalau saya dah sayang saya tak akan lepaskan.

"Soal cinta ni susah nak cakap sebab ia dari hati. Saya mahukan seorang perempuan yang tak fake dan baik. Buat masa ini pilihan saya semuanya tepat," katanya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Haqiem Rusli


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi