suria

“Kalau menonggeng sekalipun, saya tak perlu tunjuk” - Syafiq Kyle

PELAKON Syafiq Kyle menganggap penyebaran video lucah yang dikatakan mirip wajahnya itu sebagai satu hikmah dan ujian dalam hidup.

Menurut Syafiq, 25, dirinya kuat berdepan kontroversi ini kerana sokongan keluarga dan peminat.

"Saya menjadi kuat kerana sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tak henti mendoakan saya.

Syafiq kuat berdepan kontroversi.

"Saya anggap ini semua hikmah dan mungkin waktu terbaik untuk saya muhasabah diri dan berhati-hati dalam apa jua tindakan selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui semasa tayangan eksklusif drama Pelangi Cinta yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.

Selain Syafiq, drama tajaan minuman 100plus ini turut dibintangi oleh Mira Filzah, Hairul Azreen, Aiman Hakim Ridza dan Shukri Yahaya.

Barisan pelakon drama istimewa Pelangi Cinta.

Ditanya sama ada dia tertekan dengan kontroversi itu, Syafiq memberitahu biarlah dia menyimpan perkara itu sendiri.

"Saya sedih ke, menonggeng ke, biarlah saya simpan sendiri, tak perlu nak tunjuk dekat orang lain," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Syafiq Kyle


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi