suria

Haziq (Putera Band) serik, trauma tengok motosikal

VOKALIS Putera Band iaitu Haziq kini dilihat semakin pulih daripada kecederaan yang dialami selepas terbabit dalam kemalangan motosikal pada Februari lalu.

Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq, 18, mengakui berhadapan trauma apabila melihat motosikal.

Dalam perkembangan lain, dia berkata Putera Band kini sedang dalam proses merakamkan single baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Pada Februari, Haziq mengalami kecelakaan jalan raya apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori yang dipakir di bahu jalan.

haziq, putera band


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi