suria

Teropong aksi comel Mira Filzah & Ayda Jebat menari Bollywood

KEMUNCULAN tiga selebriti popular iaitu Mira Filzah, Ayda Jebat dan Bella Dally di pentas pertunjukan fesyen Ariani Luminous Lebaran 2018 menarik perhatian penonton.

Apatah lagi, ketiga-tiga mereka naik ke pentas dan mempersembahan tarian Bollywood.

Aksi comel dan 'malu-malu' daripada tiga pelakon cantik ini membuatkan tetamu yang hadir terhibur.

Tiga selebriti popular bekerjasama di bawah jenama Ariani.

Pertunjukan fesyen Ariani Luminous Lebaran 2018 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Bella Dally merupakan duta Ariani, manakala, Mira Filzah dan Ayda Jebat ialah ikon Ariani 2018.

Selain mereka, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga merupakan duta kepada jenama Ariani.

Ayda Jebat, Mira Filzah, Bella Dally


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi