SEORANG pemilik butik pengantin di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah berputih mata selepas premis miliknya musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pada tengah hari Isnin.
Dalam Kebakaran tersebut, hampir seratus pasang baju pengantin yang telah ditempah pelanggan untuk majlis pernikahan pada minggu hadapan hangus dijilat api.

























































































































































