suria

Hariz Hamdan masuk kelas vokal perbaiki bahasa Melayu, dah biasa bertutur guna slang Inggeris

DIKRITIK tidak layak membawakan beberapa watak dalam drama kerana loghat bahasa Melayu digunakan tidak lancar, pelakon Hariz Hamdan berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran tersebut.

Menurut Hariz atau muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, dia sedar kekurangan itu dan kini berusaha memperbaikinya dengan mengikuti lebih banyak kelas lakonan serta latihan vokal bagi memperkemaskan cara lontaran dialognya.

“Saya tidak pernah salahkan penonton yang mengkritik kerana saya sendiri sedar akan perkara itu. Semasa kecil, saya lebih ramai berkawan dengan kaum Cina dan India, jadi saya banyak menggunakan bahasa Inggeris.

“Sekarang saya sedang berusaha memperbaikinya. Saya juga tidak pernah tersinggung dengan kritikan tersebut, malah akan terus mengikuti kelas lakonan dan vokal untuk memperbaiki kelemahan ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi