suria

Dituduh gatal, peminat As'ad Motawh 'serang' Farisha Irish

PENYANYI Farisha Irish terkejut apabila menerima komen negatif daripada pengguna laman sosial yang meluahkan rasa kurang senang apabila dia bergambar dengan As'ad Motawh.

Menurut Farisha, foto yang dikongsi di laman Instagram itu merupakan aktiviti ketika dia bersama penyanyi itu di Las Vegas, Amerika Syarikat, Mei lalu.

"Itu foto semasa saya menghadiri Anugerah Muzik Billboard 2018. Saya dan As'ad diberi peluang menonton secara langsung tersebut.

Farisha anggap As'ad seperti seorang adik.

"Ada yang komen marah kerana foto itu dan kata saya cuba-cuba nak mengorat As'ad.

"Tapi saya abaikan sahaja komen negatif macam itu kerana ia tidak membawa faedah pun," katanya kepada mStar online.

Sementara itu, Farisha menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan penyanyi lagu Senyum itu.


As'ad Motawh, farisha Irish


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi