suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang kerja akibat pandemik, rezeki Ryan Bakery jadi TikToker… Pikat pengikut hasil video parodi imbau zaman kanak-kanak

SELEPAS kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19, pemuda bernama Ryan Bakery mula mencari sumber pendapatan baharu menerusi penghasilan kandungan di media sosial.

Idea kreatif dengan menghasilkan video mengimbau memori zaman kanak-kanak membantu Ryan meningkatkan jumlah pengikut di aplikasi TikTok..

Berkongsi penglibatan awalnya itu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, dia mencipta kandungan video itu bagi mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya dahulu.

Walaupun kandungan video dihasilkan olehnya itu penuh lawak dan jenaka, namun ada juga segelintir netizen yang meninggalkan kecaman.

"Mula-mula saya baca comment toxic ni boleh down jugak lah.

"Tapi ayah saya selalu pesan jangan conflict dengan kehidupan. Kawan-kawan pun bagi sokongan.

"Dekat situ saya jadi kuat sikit. Kalau tak saya pernah rasa putus asa dalam bidang ini. Saya rasa macam tak nak teruskan," ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi