suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serik jaja kisah cinta, Niezam Zaidi takut kena penyakit ain

DIKATAKAN kembali bercinta selepas dilihat bermain ‘pickleball’ bersama, pelakon Niezam Zaidi memilih untuk merahsiakan mengenai hubungannya dengan Fify Azmi.

Menurut Niezam, 33, dia kini lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi kerana bimbang perkara negatif termasuklah terkena penyakit 'ain'.

“Tiada komen mengenai hubungan saya dan Fify sekarang ini. Kami masih berkawan, doakan yang terbaik.

“Saya elak sebab mungkin (takut penyakit ain)… Wallahualam. Kita tak tahu. Sebelum ini saya selalu berkongsi, tapi bila perkara tak jadi seperti dirancang, saya sendiri yang sakit,” katanya kepada mStar.

Niezam memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa majlis Watch Party drama Dia Bukan Syurga di Studio Village, Sungai Besi pada Rabu.

Fify sebelum ini memaklumkan hubungan cintanya dengan Niezam sudah berakhir, namun kemunculan mereka bersama menimbulkan spekulasi pasangan ini kembali bersama.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi