suria

Kisah ibu tunggal 7 anak elak berhutang keliling pinggang... gigih bawa Grab sara keluarga

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Demikian situasi yang dapat digambarkan bagi Masnizah Marzukir, 45, seorang ibu tunggal dalam membesarkan tujuh orang anak.

Cerita Masnizah atau lebih mesra disapa Kak Mas, selagi masih bertenaga, dia akan melakukan yang terbaik demi masa depan keluarganya.

Pernah melalui fasa gelap apabila terpaksa berhutang dengan orang sekeliling, Kak Mas akhirnya menemui jalan keluar daripada kesusahan itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sejak tiga tahun lalu Kak Mas selesa bekerja sebagai rakan penghantar Grab.

"Sebelum ini kewangan saya susah, kerja dulu dibayar gaji bulanan. Jadi saya terpaksa berhutang untuk tampung perbelanjaan harian.

"Sampai bila nak jadi macam tu? Tapi selepas tahu tentang perkhidmatan Grab yang boleh dapat gaji harian, saya cuba.

"Alhamdulillah saya akhirnya jumpa penyelesaian... saya tak perlu meminjam lagi," katanya kepada mStar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi