suria

Siapa masih ingat Billy Zulkarnain? Duo ini nak kembali 'berkasih sayang'

SELEPAS 13 tahun menyepi daripada industri hiburan, penyanyi duo Billy Zulkarnain teruja untuk kembali mempertaruhkan bakat mereka.

“Kami sudah terlalu lama berehat, hampir 13 tahun. Sebenarnya sejak dulu pelbagai perancangan yang telah diatur namun semuanya tidak dapat diteruskan kerana masing-masing ada komitmen lain.

“Tak sangka pula rezeki kami untuk kembali datang menerusi program Gegar Vaganza (GV)," kata mereka kepada mStar Online.

Billy Zulkarnain bakal gegarkan Gegar Vaganza (GV) 5 

Kumpulan yang dianggotai Sheikh Ahmad Rabily Al-Mahrus dan Mior Zulkarnain Zamhuri kali terakir muncul dengan album pertama mereka iaitu Billy Zulkarnain sekitar 2005.

Billy Zulkarnain yang terkenal dengan lagu Hati Terluka ini merupakan pecahan daripada kumpulan Phyne Ballerz yang terkenal di awal tahun 2000.

Gegar Vaganza musim kelima akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

billy zulkarnain, gegar vaganza


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi