suria

“Belum rezeki Ariff Bahran” - Baby Shima

FINALIS program Big Stage, Baby Shima meluahkan rasa hibanya apabila salah seorang peserta iaitu Ariff Bahran gagal melayakkan diri ke peringkat akhir program tersebut.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli turut berkata rezeki penyanyi yang terkenal dengan single Kata Akhirmu itu pasti lebih luas selepas terkeluar pada minggu ketujuh program yang mengangkat bakat angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU).

“Mungkin belum sampai lagi rezeki Ariff Bahran, tapi percayalah rezekinya diluar sana pasti lebih banyak.

“Shima amat kasihankan nasib beliau, sedikit sahaja lagi langkah untuk ke peringkat akhir namun ini semua adat bertanding,” katanya kepada mStar Online.


Baby Shima semasa menyanyikan lagu Ku Mahu duet bersama Haiza

Ariff, 20, tersingkir selepas mendapat markah kedua terendah iaitu sebanyak 84.08 peratus daripada juri namun undian rendah peminat menerusi aplikasi Tik Tok pada minggu keenam pertandingan itu menyebabkan dia tersingkir.

Dalam pada itu, Shima menjelaskan dia menerima sebarang komen daripada barisan juri dan tidak pernah memendam rasa terhadap kritikan mereka.

“Shima terima semua komen daripada para juri dan tidak pernah mempersoalkan kritikan yang dilemparkan.

“Mereka semua jauh lebih berpengalaman dan saya akan ambil setiap komen untuk memperbaiki kelemahan saya,” tambah Shima.

Barisan finalis Big Stage

Peringkat akhir program Big Stage bakal melihat lima peserta iaitu Baby Shima, Wani Kayrie, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain dan Afieq Syazwan berentap untuk merebut habuan wang tunai sebanyak RM100,000 yang akan berlangsung pada 23 September di Auditorium MBSA.

baby shima, big stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi