"Takut 'gila' nak masuk set!" - Azrel Ismail - Video | mStar

"Takut 'gila' nak masuk set!" - Azrel Ismail

PELAKON Azrel Ismail mendedahkan timbul rasa gementar dan gusar apabila pertama kali bergandingan dengan pelakon senior Remy Ishak.

Azrel, 34, turut mendedahkan kerisauannya berlarutan hingga ke rumah.

"Apabila saya dipilih untuk membawakan Watak Omar yang juga anak kepada Remy Ishak dalam filem Pulang, ketakutan untuk bergandingan dengan beliau sudah timbul sebelum tiba di set lagi.

"Di hari pertama penggambaran saya sudah bergandingan dengan Remy Ishak, rasa sangat cuak," katanya kepada mStar Online.

Di awal pembabitannya dalam industri lakonan, wajah Azrel Ismail sering dikatakan seiras dengan pelakon Remy Ishak.

azrel ismail , remy ishak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan