suria

Raya Izzue Islam terganggu dituduh tipu jual telekung!

KEDATANGAN hari raya Aidilfitri yang sepatutnya disambut meriah bertukar menjadi mimpi ngeri buat pelakon dan penyanyi Izzue Islam apabila dia diserang oleh peminat dari Indonesia yang menuntut dia memulangkan wang mereka.

Izzue memberitahu sejak Isnin lalu dia menerima beberapa aduan daripada peminat yang mendakwa membeli telekung keluarannya namun sehingga kini tidak menerima tempahan yang dibuat walaupun pembayaran sudah pun dibuat.

Kata Izzue, dia tidak pernah menjual telekung seperti didakwa namun selepas disiasat dia mendapati ada pihak menggunakan nama dan wajahnya dengan tujuan untuk menipu pembeli terutamanya di Indonesia.

"Nak beraya pun tak boleh apabila timbul pelbagai masalah, perkara ini melibatkan wang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan wajah saya untuk menjual telekung.

“Paling teruk apabila bayaran telah diterima, individu terbabit tidak menghantar barang yang dipesan dan pelanggan mula mencari saya untuk menuntut bayaran balik,” katanya kepada mStar Online.

Izzue mendedahkan perkara itu di InstaStory miliknya malah turut memuat naik paparan skrin perbualan dengan mangsa penipuan yang turut mendedahkan nama dan maklumat dalang di sebalik penipuan itu.

Izzue atau Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan mendakwa individu terbabit telah mengaut untung ribuan ringgit daripada penipuan itu.

“Jumlah setakat ini bukannya sikit, kira kira 20 juta Rupiah bersamaan hampir RM6,000.

“Setakat ini ada tiga individu dari Indonesia sudah menghubungi saya meminta penjelasan tentang telekung yang mereka beli dari 'Izzue Islam' tersebut,” ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

izzue islam, telekung


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi