suria

Azrel Ismail sedia kongsi komisen

BERTAHUN lama menguruskan sendiri kerjaya lakonan, pelakon Azrel Ismail akhirnya bersedia untuk berada dibawah pihak pengurusan yang lebih profesional.

Menurut Azrel, 34, dia baru sahaja bertemu wakil syarikat pengurusan tersebut dan terus terbuka hati untuk menerima lamaran mereka.

“Pihak pengurusan ini pun baru sahaja saya jumpa kira-kira dua minggu lalu dan terima tawaran mereka.

“Bukan saya tak boleh buat sendiri, tapi saya rasa jika ada pengurus kerjaya saya akan lebih teratur,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini pelakon yang terkenal dengan drama Isteri VS Tunang mengakui menerima banyak tawaran daripada beberapa syarikat pengurusan.

Namun dia terpaksa menolak kerana pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Selama tiga tahun saya terpaksa menolak pelbagai tawaran kerana jadual kerja yang terlalu padat.

“Saya sedar akan komisen yang akan dikongsi bersama pihak pengurusan, namun saya yakin akan ada pelbagai kelebihan apabila bernaung dibawah mereka,” ujarnya.

Azrel Ismail merupakan pelakon lelaki yang dikaitkan bersama pelakon jelita Ruhainies dan dikatakan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

azrel ismail


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi