suria

Remaja 16 tahun lembut hati kenang pesanan arwah bapa minta jadi wali, mula-mula kakak cuak takut adik buat hal hari nikah

KEHILANGAN bapa tersayang sebelum hari bahagia pastinya merupakan satu perkara yang amat menyakitkan.

Menurut Siti Nurul Asyiqin binti Mat Nadi, 23, adiknya Muhammad Nordin Mustaqim Mat Nadi, 16, perlu menjadi wali menggantikan arwah bapa mereka meskipun berasa berat hati.

“Arwah papa pesan kalau dia tiada, macam mana pun adik kena jadi wali.

“Sebab itu dia lembut hati, dia rapat la dengan arwah papa.

“Arwah juga pernah pesan kalau dia tiada dia nak adik lelaki ni turun uruskan jenazah dia,” Katanya kepada mStar.

Asyiqin melangsungkan pernikahan pada 19 Oktober lalu dengan berwalikan adik kandungnya setelah bapa mereka meninggal dunia tiga bulan lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi