suria

“Bila masa aku kena reman?” - Zarina Anjoulie mengaku kerap ke balai polis, mengamuk dituduh terlibat kes dadah

SEJAK semalam ruangan komen di media sosial pelakon Zarina Anjoulie dan Instagram @mstaronlineofficial dihujani dengan pelbagai andaian dan telahan membabitkan seorang selebriti wanita dicekup kerana positif dadah jenis methamphetamine.

Semuanya gara-gara laporan berkaitan serbuan kes dadah oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai ke rumah seorang selebriti wanita berusia 34 tahun di Kampung Chalet Nilai, Negeri Sembilan.

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, namun nama pelakon yang sering dihimpit kisah kontroversi dan sensasi itu menjadi sasaran.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengulas mengenai situasi itu, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju berkata dia hairan dengan dakwaan kononnya dilihat berada di IPD Nilai selain dikatakan direman bagi membantu siasatan.

"Orang cakap ada gambar viral aku kat balai... gambar tu aku kena gari ke?

"Sekarang ni hari-hari pun aku pergi balai sebab ada kes sedang berjalan tentang isu lain," katanya menerusi sesi Instagram live pada Rabu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi