suria

Pelakon Budak Tebing Bella Dowana kecewa ‘plan’ tak menjadi - “Dah excited nak habis sekolah... tapi SPM kena tangguh pula!”

PELAKON Bella Dowanna tidak menyangka drama lakonannya iaitu Budak Tebing berjaya mendapat reaksi positif daripada penonton.

Menurut Bella, ramai yang meminati karya itu sehingga ada yang meminta agar drama Budak Tebing disambung untuk series kedua dan ketiga.

“Mereka sangat suka drama Budak Tebing... sampai mereka minta Budak Tebing 2 dan ada yang minta Budak Tebing 3.

“Kalau ada pun Budak Tebing 2... ia susah sikit nak buat sebab PKP dan memang saya tidak sangka dapat feedback macam ni sehingga trending, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu Bella, 17, berkata dia akur dengan keputusan kerajaan untuk menunda peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tahun depan susulan pendamik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

“Sepatutnya SPM saya tahun ini... tapi jadi tahun hadapan. Hati tu macam pecah sikit sebab kita dah plan macam-macam nak buat lepas habis SPM, excited nak habis belajar di sekolah, ” katanya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi