ISU warna kasut kembali menjadi perbualan orang ramai selepas tular surat arahan baharu daripada Kementerian Pendididkan agar satu kajian pelaksanaan pemakaian kasut hitam dibuat di peringkat sekolah.
Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dalam memberi cadangan di media sosial serta berkongsi kisah berkaitan kasut sekolah.
Dalam Korset X Pipe minggu ini, mStar mendapatkan pandangan ibu bapa tentang kasut sekolah... adakah mereka bersetuju dengan kasut putih atau hitam?

























































































































































