suria

Sesekali Erra Fazira periksa telefon bimbit 'buah hati'

PELAKON Erra Fazira berkata dia sentiasa memantau penggunaan telefon bimbit anaknya iaitu Engku Aleesya.

Menurut Erra, sebagai ibu, dia meletakkan beberapa syarat kepada Aleesya dalam menggunakan teknologi.

"Saya sentiasa pantau apa yang dia buat dengan telefon bimbit.

"Selalunya saya bagi peruntukan masa satu jam untuk dia bermain dengan permainan video dan pastikan tiada rahsia antara kita.

Erra dan Aleesya.

"Syarat lain, dilarang ada kata laluan dan saya berhak untuk periksa telefon dia bila-bila masa sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Erra mengakui telefon bimbit merupakan gajet penting dalam menghubungkan manusia.

"Sebenarnya, telefon bimbit ini penting kerana memudahkan kita berhubung dengan anak-anak dan keluarga.

"Tapi kita sebagai ibu bapa, kita kena pantau apa yang dilakukan oleh anak-anak," ujarnya.

Erra Fazira, Engku Aleesya


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi