suria

Jaa Suzuran bangga dilabel 'buaya darat'

MEMPUNYAI karakter yang 'slumber' dan bersahaja membuatkan ramai wanita ingin mendekatinya dan pasti ramai yang tertanya-tanya status sebenar penyampai radio, Jaa Suzuran kan?

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24, berkata dia masih bujang dan belum memiliki kekasih.

"Tak nak lah klise cakap tak ada, saya ada ramai teman wanita sampai tak cukup masa!," guraunya.

"Saya gurau sahaja, sebenarnya saya masih single lagi. Orang selalu fikir saya nampak macam 'buaya darat', tapi itu cuma luarannya.

"Sebenarnya saya berbeza apabila berada di dalam dan luar kamera. Karakter saya suka buat orang ketawa," katanya kepada mStar online.

Sementara itu, Jaa meletakkan sasaran waktu untuk berkahwin sebelum usianya 30 tahun.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Jaa Suzuran


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi